Monday 1 October 2018

Pengalaman kena scam dengan peniaga online & macam mana saya dapatkan balik duit

Assalammualaikum

Hi semua. Harini aku akan share pengalaman aku kena scam dengan peniaga online dan apa aku buat once aku sedar yg aku kena scam, sampai lah macam mana aku dapatkan balik duit aku. Cerita ni actually dah lama dah kira2 awal tahun 2017. Waktu tu aku kerja di Batang Kali, Selangor. Ok, cerita dia macam ni. Aku nak cari phone secara online sebab phone aku rosak pagi tu dan aku urgent nk guna phone. Kerja aku pulak waktu tu sangat memerlukan aku utk byk guna phone since every night aku kena update dgn bos aku daily sales, labour hours, yadayada. So aku dah target by tonight after kerja aku kena dapatkan phone. So aku scroll Mudah.my dan jumpa phone yg aku berkenan. (As the name says, Mudah nak beli Mudah jugak kena tipu hahaha pdn muka aku) Location dia di Rawang membuatkan aku lg teruja sbb senang aku nak COD. So aku text dia ckp nak COD, tapi dia cakap dia ada di Johor atas urusan kerja, dan dia hanyalah agent kepada kedai phone. Aku mintak sijil SSM, dia bagi aku sijil SSM atas nama IPLUS Trading di Perak. So aku tanya, kenapa dekat Perak pulak? Then dia ckp Perak tu HQ. Actually kalau aku baca betul2 dan focus dekat ayat2 dia mesti aku dapat hidu dah dia ni scammer. Tapi sebab waktu tu aku tengah kerja, and plus aku baru dapat gaji (org tgh byk duit mmg senang kena tipu) so aku macam mengiyakan saje apa yg dia cakap. Bodoh gila bila pikir balik.

Btw, masa aku texting dengan scammer tu, customer service dia memang tiptop tau. Dia awal2 dah mintak nama & alamat aku, konon2 dia x sabar nak bungkus phone tu malam tu jugak la kononnya. lepastu dia tnye nak dia lekatkan tempered glass atau aku nak lekat sendiri. and tanya nak guna gdex ke poslaju, sebab katanya gdex lagi senang & company dia dh beli insurance dgn gdex. Aku rasa tu taktik dia utk psycho aku supaya aku lg xsabar nak bankin cepat2 supaya dia boleh songlap duit aku. Lupa nak bagitahu, aku siap mintak gambar IC dia tau. Dan dia bagi gambar IC mamat cina ni namanya Foong Win Seong. Korang lepasni hati2 jangan kasi member main ic kau. Mana tahu member kau scammer, nama kau yg naik nanti. Dan yang paling tak boleh blah, bila aku mintak no account, dia suruh aku bankin ke no acc Wong Chun Kit. Apa kena mengena Wong Chun Kit dengan Foong Win Seong, apa kena mengena dengan IPLUS Trading??! Dia cakap tu acc accountant dia. Tapi aku bodoh, aku g bankin jugak tanpa rasa bersalah. Oh btw, sebelum bankin dia inform aku untuk guna CDM, jangan guna online transfer or ATM transfer. Memandangkan duit aku dlm Public Bank dan aku xada online account dengan PB, aku pgi jela bank dan depositkan duit melalui CDM. Ni pun lagi satu kesilapan aku kan sebab ni taktik lapuk kot scammer suruh bankin guna CDM. Angkara nafsu, aku persetankan semua tu.

Betul la orang cakap, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh juga. Nak tahu sbb apa? Sbb aku dah byk kali beli barang online, dh byk kali beli brg dkt Mudah tu. Tapi aku boleh tertipu dengan scammer yang tah apa2 ni sedangkan byk gila loopholes dia mase proses nk scam aku. OK so balik je dri bank aku send ke dia gambar resit as proof of payment. And then, dia text aku dengan acah2 bersalah bagitahu yang phone aku nak tu dah sold out, ada agent lain yg beli tanpa key in data ke dorg punya so-called system. And dia suruh aku ambik phone lain pulak, tapi kena tambah another RM550. Aku dah carut la time ni. Terus badmood aku. Aku cakap dah la xnak aku beli, bak balik duit aku. Dia ckp x boleh, aku xde pilihan lain sebab duit aku dkt accountant dia. Aku ada 1 choice je which is bankin lagi RM550 dan dia bgi aku phone lain yg lg power. Aku suruh dia ganti balik duit aku sbb sebagai middleman dia kena bertanggungjawab la. Tapi dia spin sana spin sini paksa jugak aku bg 550. Lastly aku malas dah reply text dia mampus la kau nyah.



So esoknya aku pergi PPD Kuala Kubu Baru. Aku direfer ke department jenayah commercial dan yg menyiasat kes aku inspector chinese nama Lee ke Chin xingat dah. Bagus inspektor ni. Dia print semua conversation whatsapp aku dengan scammer tu. Dan dia ambil keterangan dari aku kira2 sejam jugak la diselang seli dengan tazkirah oleh dia supaya aku ni jgn benak sangat senang kena tipu. Dia jugak bgitahu awal2 yang kemungkinan besar duit aku xkan dapat balik sbb kebanyakkan kes mmg duit akn burn gitu je. Aku iye kan je la. Waktu ni memang aku dah redha pun.

Kira2 7 bulan kemudian, tatkala aku pun dh xingat dah kes aku kena scam tu, tiba2 satu malam aku dapat text drpd nombor yg aku x kenali. Dripada lelaki melayu. Kita panggil dia Ali la. Ali bgitahu aku yg dia merupakan kawan kpd Wong Chun Kit, iaitu pemilik no account yg kononnya accountant dulu tu. Ali bagitahu aku yang Wong diminta mahkamah untuk kembalikan balik duit kepada mangsa2 atau akaunnya akan dibekukan dan kes akan dibawa ke mahkamah. So Wong nak setel kes luar mahkamah la. Ironinya, Wong sebenarnya mangsa keadaan jugak. Wong jugak businessman tapi bukan jual gadget. So ada scammer yg anonymous yg gunakan account Wong untuk memanipulasi Wong dan orang lain. Sebagai contoh, Wong jual coverset motor berharga RM1,000. Scammer tu nak beli coverset dari Wong, so dia cari mangsa mcm aku supaya aku boleh bankin duit ke acc Wong, dan gunakan resit aku untuk tunjuk ke Wong seolah2 dia yg bayar duit tu ke Wong. Dan Wong pun pos la coverset tu ke scammer tu. Of course Wong x tahu mana 1 scammer sebab dia ada ramai customer. Kebanyakkan scammer menggunakan modus operandi yg sama. Berdasarkan kenyataan Ali, dah ada beberapa mangsa yang kena tipu macam aku yg bankin duit ke acc Wong, sebab tu polis cari Wong. Memandangkan Wong ni banyak duit dan dia cuma nak nama dia clear, dia nak bayar ganti rugi dekat aku dengan syarat aku tarik balik report aku. Mula2 Wong transfer aku separuh daripada amount nya. Dan lepas aku dh tarik report, Wong transfer lagi separuh. So aku dapat la balik duit aku berjumlah RM1050. Btw, aku tarik report dia balai polis lain, bukan di PPD KKB. Pegawai yg ambil kenyataan aku jugak tanya aku banyak kali samada aku tarik report sebab kena paksa atau kerelaan aku. Lepas setel tarik report, aku text Ali & tunjuk bukti yg aku dah tarik report. Lagi sekali aku kena bebel dengan Ali pulak supaya jangan beli barang online, kan x pasal2 member dia pulak yg kena ganti duit aku.

Okay so daripada pengalaman aku ni, dapatlah aku simpulkan beberapa benda untuk dijadikan pengajaran & renungan. First sekali, banyak scammer di luar sana especially di alam cyber. Antara yang paling obvious menunjukkan dia tu scammer ialah, dia akan suruh kau bankin melalui CDM. Cash Deposit Machine. Bukan online transfer atau ATM transfer. Sbb melalui transfer, dalam beberapa jam kau boleh contact bank untuk sekat transaction tu incase kau ditipu. Kedua, IC tak membuktikan yang orang tu bukan scammer. Sbb dia boleh je tibai ic orang lain. Ketiga, resit2 transaksi jugak tak boleh menjadikan bukti yang dia tu bukan scammer. Sebab scammer ni tunjuk kt aku resit2 orang lain utk menunjukkan dia tu boleh dipercayai. Kalau ada 10 resit, means soploh sploh org tu semua kena tipu. Another thing is, scammer akan cuba utk tak berjumpa dengan kau walaupun kau willing untuk dtg ke tempat dia. Tapi tak bermakna yg willing untuk berjumpa kau tu bukan scammer. Sbg contoh budak bawah ni, kalau kau ingat la.


After all, pengalaman ni jugak buat aku kembali percaya dengan kecekapan PDRM. Sebab sebelum ni kereta aku pernah kena pecah dan pencuri tu curi phone aku yang aku simpan dalam dashboard. Waktu tu aku baru 16 tahun. Dah buat report polis siap ambil cap jari tapi sampai kesudah takde cerita. Mungkin bukti tak banyak atau polis tu x sekomited Inspector Lee, i dont know. So pesanan aku, kalau korang rasa ditipu atau dah confirm kena tipu/scam, cepat2 buat report polis. Jangan malu. Aku yang ditipu RM1K pun boleh dapat balik duit aku. Mana tahu korang kena tipu berpuluh ribu tu boleh jugak dapat balik duit korang kan? Dan yang penting, kalau kau buat report polis, kau mungkin dah menyelamatkan ramai lagi bakal mangsa scammer tersebut.

35 comments:

  1. hai...nak tanye kes nie mmg awak xnaik mahkamah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Tak pun. Sbb that person refund duit & minta tarik balik report

      Delete
  2. aku pon kene mcm ni gak alhamdulillah kes dh setel tinggal acc holder ganti duit aku je 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg buat report polis ke pergi ke ttpm

      Delete
    2. Alhamdulillah. Semoga kita sama2 lebih beringat lepasni

      Delete
  3. sy baru jerr kena scammer..nak buat mcm mne ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Report polis. Sebelum tu screenshot semua conversation dgn scammer & print dlm A4. Senang polis nk buat kerja

      Delete
  4. Hi... Sy nk buat repot polis juga... Kena cerita kejadian sebenar ya? Sy ada nama , no tel & no akaun tu je. No. tel tu xdapat d hubungi lg. Just report polis je ke? Kena pergi bank x, supaya bnk tolong Kita kol si penama akaun tu suh refund blk duit Kita?

    ReplyDelete
  5. Saya pon kena scam rm200....huhu say just ade nama,no telefob dan no akaun je...camne sya nk buat?

    ReplyDelete
  6. Hi nak tanya saya da buat laporan polis... Tapi saya dah terbagi no akuan dengan scammer tu... Apa saya harus lakukan ya? Sebab takut dorang boleh ambil duit saya pula dri akaun tu..

    ReplyDelete
  7. Sya pun kna scammer dh bank in guna CDM tapi dia ada call wsp n sya jawab call dia.sya kena tukar kad bank kalau dia curit data sya

    ReplyDelete
  8. Hye help me,saya baru je kena can you help me plisssp😭😭😭😭

    ReplyDelete
  9. sama kes mcm sy kena...cuma belum dapat duit..baru buat tuntutan kat tribunal..tgk mcmane nti..polis pun mcm xnak siasat je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya broo buat tuntutan kat tribunal tu kena tau alamat seller tu ke??

      Delete
    2. Hi, Maaf Nak tny, untuk tuntutan tribunal dokumen apa yg perlu ada yer, sbb sy hanya ada ni tel, no akaun & nama seller tu jer,

      Delete
  10. Saya baru je kena tipu semalam 😭 habis lesap rm2550 😢 tu semua duit belajar saya... rm400 duit bantuan zakat rm2150 duit ptptn ... tapi kes saya dah masuk 3 hari... saya baru 19 tahun dan saya takut nak beritahu ibu bapa tentang ni dan buat laporan polis 😭😭 ape yang perlu saya buat 😭😭😭

    ReplyDelete
  11. Kes kita sama sis cuma sy buat pembelian online di indon .. Awlnya dia kata kna byr "sejumlah" ini saja . tp bila dh bank in dy kata kna ad kad itu la ini la as kebenaran brg untuk ke malaysia la konon dan sebagainya . dh byr second time kna byr lg sbb nk active kan kad tu la ap kejadah smua .. At the end sy block smuaa .. Duit sy pun lesap .. Sy tkut nk buat report polis .. Macam mana ye 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama jgk, kena bayar kad member bagai utk release postage.

      Delete
    2. Saya pun sama jgk, kena bayar kad member bagai utk release postage.

      Delete
    3. Saya pun sama jgk, kena bayar kad member bagai utk release postage.

      Delete
    4. Saya pun sama jgk, kena bayar kad member bagai utk release postage.

      Delete
    5. Samala. Sya pun baru je kena..kena bayar kad member bagai untuk release postage.. ah sudahh.. tau dah kena scam.. sya ckap dekat scammer tu, "alah.. sedekahkan jerla brg tu dekat org lain. Duit sya tu sya halalkan untuk awak.. dah dari awal sya nak buat donation, tup2 awk org nyer.." tak sngka pula sya dapt bagitau dia mcm tu.. haha.. dah redha agaknya.. last tu sya bagitau dia lagi "moga Allah permudahkan urusanmu selepas ini.." dan die pun terdiam dan lenyap begitu shaja.. harap2 lah insaf yer scammer tu..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. saya kena tipu kerja online kat instagram dan saya cuma ada nama no akaun dan touch n go ewallet qrcode dia saja kalau saya buat report pihak polis akan tolong saya ambil semula duit tu ke?

    ReplyDelete
  14. salam..saya pn bru kena scam almost 4k... bru 5hari buat report polis and buat report kepada bank.. saya berharap duit saya pn dpt semula...huhu..tp baca kes sis, lama jgk ye 7 bulan br dpt dipulangkan...saya harap kes saya disiasat dengan cepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai dh la nk beraya, Sian dkt sis😌sy juga br terkena almost 3k ari jumaat lps 31may2021, berderau & rasa nk gugur jantung bila dpt tahu no tracking yg dia bg salah, jenuh sy mencari duit nk pulangkan duit kwn2, Semoga Allah permudahkan urusan buat kita yer sis🤲🏽Semoga dpt blk duit kita tu😌zaman skrg bukan mudah utk kita dptkan duit, suka2 jer nk amk duit org tanpa rasa bersalah, Semoga ada keajaiban buat kita,

      Delete
    2. Alahai dh la nk beraya, Sian dkt sis😌sy juga br terkena almost 3k ari jumaat lps 31may2021, berderau & rasa nk gugur jantung bila dpt tahu no tracking yg dia bg salah, jenuh sy mencari duit nk pulangkan duit kwn2, Semoga Allah permudahkan urusan buat kita yer sis🤲🏽Semoga dpt blk duit kita tu😌zaman skrg bukan mudah utk kita dptkan duit, suka2 jer nk amk duit org tanpa rasa bersalah, Semoga ada keajaiban buat kita,

      Delete
  15. Omg sy bru je kena mlm ni.ade sesapa tahu tak Top Digital Marketing
    . Total burn rm2k++
    Ni sy kena kea part time knonn2 nya naikkan rating seller di lazada. So kena add to cart product yg dia suh beli. Then transfer dkt 1 acc holder nama melayu. Pdahal sy deal dgn chinese .my hsbnd pon mrh sbb kbodohan sy lesap rm2k+ tu.sy da call maybank. Pihak maybank suh buat report polis esok😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. so sis dapat tak duit tu balik? sbb saya pun dah terkena :'(((((

      Delete
  16. sis dapat balik ke duit tu ? sy pun. dh terkena

    ReplyDelete
  17. If you think someone you know is being scammed or targeted by cheaters , do not make them feel embarrassed anyone can be a victim, few months ago I and my wife were scammed about $60,000, almost gave up in life, we were hopeless until a Brother introduced me to April Hoskey a reliable source to recover my funds back and also trade to earn high profit,
    Do contact this company via, hoskey44@gmail.com ..also What sapp +447731579961 ,
    Take the right step and recover your lost funds trust me it is 100% possible.

    ReplyDelete
  18. Adakah anda pernah ditipu melalui mata wang kripto atau cara lain?? cuba Pakar Pemulihan Dana Global mereka membantu saya mendapatkan semula 58,000 dolar saya daripada penipu ( w w w. gfrexperts. com

    ReplyDelete
  19. Saya telah ditipu sebanyak 150,000 dolar oleh sekumpulan penipu dalam talian, saya sangat kecewa dan ingin menamatkan hidup saya, tetapi nasib baik seorang rakan saya memperkenalkan saya kepada pasukan penyiasat penipuan ini, "(Pakar Pemulihan Dana Global)" dan mereka membantu saya dapatkan kembali wang saya. Saya tidak percaya pada mulanya, ia seperti satu keajaiban. Mereka memulangkan semua wang saya kembali kepada saya dalam tempoh yang sangat singkat. Semuanya terima kasih kepada rakan baik saya yang memperkenalkan saya kepada pasukan penyiasat penipuan ini. Saya kembali menjadi wanita yang bahagia. Anda boleh mencubanya jika anda pernah ditipu sebelum ini. Mereka akan membantu anda mendapatkan semula wang anda. Ini ialah tapak web mereka (w w w. gfrexperts . com)

    ReplyDelete
  20. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat sebanyak 26,000 dolar dan rakan saya memperkenalkan saya kepada kumpulan penyiasat ini dan mereka membantu saya mendapatkan kembali wang saya, anda boleh cuba jika anda telah ditipu sebelum mereka akan membantu anda mendapatkan kembali wang anda ini adalah laman web mereka ( w w w . gfrexperts .com )

    ReplyDelete